Well, this post is supposed to reflect the first saddest thing that happened to me in my life as a medic student (why i said the first? because lots n lots of sad things are ahead of me in the next 6 years ~ what's the tone? sadistic @ pathetic?)
But then, since this sad thing turned out to be a trivial matter to me, i decided to write about different thing...
[editor note : the following post is fully written in malay. however, i'd like to apologize regarding my flawed, bad english malay rojak in the previous posts... but know what? that's me.. =)]
Arakian, maka dengan ini hamba dengan rendah hati mendedikasikan coretan di bawah kepada Asmaa', Emosah dan insan-insan yang berkaitan. Wahai sahabat, hamba berusaha untuk merealisasikan janji-janji hamba, dan ini adalah salah satu cara untuk hamba memanifestasikannya... Hehe..
************************************************************
KMS+IB ~ the journey begins..
YES!!! Dapat bilik dekat dengan main entrance… Katil pulak kat tepi tingkap, bukan kat tengah bilik, so ade privacy…. 3 students per room… Bukan 16 orang macam kat INTEP dulu, macam sardine cap ayam…. Single bed, no double decker.. Perfect, coolio… KN sengih sorang-sorang… Okay, semua barang dah selamat di“unpack”kan sama-sama ngan Ma dan Farah tadi… Selesai…. KN angkat kening dan mengenyitkan mata kepada ibu dan adiknya… Tanda puas hati… Puan Salbiah dan Farah hanya menggelengkan kepala… Bila la nak dewasa budak ni pun….
Malam itu, aktiviti bebas. Aktiviti minggu orientasi hanya bermula pada keesokan hari. Kedua-dua roommatenya dari Isyak menghilang. Berkenalan pun tidak lagi. KN menggelisah seorang diri di atas katil. Nyamuk tak kira spesis dan jantina dari tadi menyanyi-nyanyi di telinganya sambil bermain aci kejar di hujung kaki. Mak ai.. Gila banyak nyamuk kat KMS ni.. Tempat pembiakan nyamuk ke Seremban ni ? Kat kampung aku tak ada la sebegini dahsyat populasinya.. Pap !! KN menampar mukanya sendiri.. Kulit muka terasa perit... Ahh !! Missed out !!! Ni mesti sarjan nyamuk punye kerja ni... Gatai punye nyamuk... Kaki dah habis berbintat. Gile, sebulan aku duduk sini, mau admit ke hospital sebab denggi. Betisnya digosok geram.. Kalau digaru jadi luka pula nanti. Aaaa… Nyesal tak mintak Ma beli repellant dengan Mopiko tadi…Ridsect pun tak ade…
“Uneducated punye nyamuk. Dari tadi duk sedut darah orang, tak takut obese ke… Low mind punya invertebrate… Serangga punya binatang ... ” KN merungut kuat. Short circuit ke kau bercakap sorang-sorang, KN? Lantak la, aku sorang je dalam bilik ni pun.. PAP !! Tangan KN sudah mendarat di buku lali kaki kirinya. Tangan segera dialih. Dan seekor nyamuk yang gagal dalam misinya untuk menyedut darah manusia itu terkutik-kutik di atas katil, pening-pening nyamuk seketika. KN mencapai kaki nyamuk itu lalu digawang-gawangkan ke udara.
“Perhatian kepada nyamuk-nyamuk yang berhajatkan darah aku lagi, kalau korang tak abort mission korang tu, aku bunuh member korang yang sorang nih…” Exasperate betul aku dengan nyamuk-nyamuk KMS ni. Memang dah putus fius sampai treat nyamuk macam prisoner of war. “Aku bagi korang 3 saat untuk blah.. Buzz off…” KN mula mengira,
“Satu, dua, ti…”
“Err, Assalamualaikum?”
“…ga.”
KN keras sekejap. Kepalanya pantas dipusingkan 120 darjah ke arah pintu bilik dengan muka yang tak tahu nak dipamer macam mana. Terasa mahu digali lubang tanah dan tanam kepala sendiri sampai bulan depan… Aaa..dus! Sah lepas ni orang ingat aku freak sebab ugut-ugut nyamuk…Bagusnye kau Inche mulut… Memalukan tuan betul la kau ni... Memang aku kena cap psycho la lepas ni…
Pandangan ditala ke arah budak perempuan yang wajahnya separuh cuak dan separuh nak tahan gelak. KN yang mulanya muka ketat terus sengih macam kerang busuk. Compose KN, compose yourself.. “Waalaikumussalam.. Ye, nak cari siapa?” Lembut dia bertanya dengan sengih-kambing-tertelan-kerang-busuk yang kemudiannya diganti dengan senyum terlebih gula. “Awak sorang-sorang je ke? Tengah buat ape?” Budak tu dah hilang rasa peliknya melihat KN yang duduk bersila di atas katil.. Tak, aku kan dengan nyamuk-nyamuk ni… Kitorang tengah main perang-perang.. Heh, sah budak ni fail logik, tak pun temporarily kena myopia… Tapi lain pula yang keluar dari mulutnya.. “Iye, tak buat ape-ape pun.. Kenapa?” “Erm, meh la datang bilik saya, borak-borak, kenal-kenal…”
Adeh!! KN rasa nak hantuk kepala ke dinding sebab menjawab soalan budak itu tadi dengan sungguh tidak sopan dan tanpa etika sebagai rakyat Malaysia, walaupun sekadar diucapkan dalam hati. Dia hanya mengangguk perlahan sambil melangkah keluar dari E002. Budak perempuan itu memaut lengannya lalu manarik KN perlahan ke bilik sebelah; E001. “Ni bilik saya, nama saya Solehah. Awak?” Solehah… Padan betul nama dengan tuannya, pakai tudung labuh meskipun sudah malam dan sekadar berada di Girl’s Terrance. Mesra alam pulak tu, macam dah lama kenal je dibuatnya aku ni.. “KN.” Budak itu seakan sedar yang dirinya dilihat dari atas bawah macam alien, dan dengan senyum hormat berkata, “Saya baru balik dari Dewan Makan tadi, tu yang fully dressed macam ni…” KN hanya angguk faham. Lemah lembut betul minah ni, The Last Malay Woman in the making.. Eheh…
Salam mereka disambut oleh dua orang lagi penghuni E001 merangkap teman sebilik Solehah. Kening KN terangkat sebelah. Wah, seorang lagi minah tudung labuh. Sah le ni bilik budak baik… Pandangannya dialihkan pula ke seorang lagi sahabat Solehah. Kali ini kedua-dua belah keningya terangkat. Aik, yang ni pulak macam out of place... Selamba yaya je duk pakai spagheti tank top... Iye jugak, ni kan girl’s hostel.. There should be no prob…Nope at all.. “Kenalkan, yang ni Zahrah, yang ini pulak Roslinda…” Solehah memperkenalkan. Apekebende? “Eik? Rosalinda? Fernando Jose tu ke?” KN dah masuk mode Amerika Latin. Budak yang bertocang dua itu hanya tergelak besar… “Lawak betul la awak ni… Tapi betul la, member-member saya semuanya panggil saya Rosa…” What?? “Rossa-Pudar tu ke?” Kali ini KN masuk mode Indon pula… Zahrah hanya tersenyum simpul sementara Solehah sudah tergelak kecil sambil menepuk bahu KN... “Awak ni KN, spesis manusia paling pelik yang saya jumpa kat KMS setakat ni….” Ces, kau nak kenakan aku pasal hal tadi ke Cik Perempuan Melayu Terakhir?? Please, hal tadi antara kau dan aku je!!!! KN menghantar pandangan kepada Solehah dengan wajah sedikit masam-kelat-payau macam baru lepas tertelan asam boi… Solehah hanya senyum faham…
“Jom KN, makan ngan kitorang. My mom yang buat… Sedap… Mom’s handmade is the best, kan??” Rosa senyum mesra kepadaya, sementara Solehah dan Zahrah sudah bersila di atas lantai sambil memberi ruang kepada KN. Eh, budak-budak ni ajak aku makan sekali dengan diorang ke? Kang aku baham macam Godzilla baru tahu…Eheh… Memang kepala aku kena short circuit… KN berdehem perlahan.. “Tak ape la… Awak semua makan la, saya balik bilik dulu… Nanti saya datang balik…” “Eh, mana boleh macam tu.. Makan la sekali..” Rosa sudah memotong. KN senyum kecil. “Tak ape la..” Karang aku cakap Tamil, terus kau tertelan kuih keria tu… KN menelan liur melihat kuih kegemarannya.... Control, control... “Ala, janganlah macam tu, meh le…” Zahrah bersuara buat pertama kalinya. “Thanks, but no thanks… Saya tak lapar..” Kruukkk… E001 jadi hening seketika sebelum ketiga-tiga penghuninya menghambur tawa.. “Panjangnya bunyi perut, sampai 6 harakat.. Itu tak lapar ke?” Solehah mengusik KN dengan mata yang sudah berair dan perut yang senak akibat ketawa overdose..
Ces… Tak sekolah punye perut.. Menjatuhkan maruah tuan aje…Kalau lapar sangat, janganlah berbunyi macam tu sekali... Aku mana boleh control bunyi tu... Self control tak boleh ke…Wajah KN dah berubah warna macam lampu neon… Putih, merah, biru, hijau dan lepas tu merah balik… Tanpa sebarang kata, KN melabuhkan punggung di antara Solehah dan Zahrah. Malam itu mereka berjamu besar. Dan KN akhirnya mula merasakan kembali nikmat duduk di asrama yang pernah dirasainya kira-kira 8 bulan yang lalu, ketika dia masih bergelar Fiver.. Cuma bezanya, kini dia berada di tempat baru, dikelilingi oleh persekitaran baru dan sahabat baru.
************************************************************
[Nota editor : Hamba tahu dan hamba sedar bahawa cara penulisan hamba ini dipengaruhi oleh pengarang H******. Maka dengan ini hamba memohon pandangan sahabat-sahabat mengenai bagaimana nak meneruskan plot ini. Contoh :
1. latar tempat, masa, masyarakat ~ hamba mempunyai kapasiti memori seperti ikan emas, oleh itu hamba gagal mengingati KMS dan warganya dengan jelas
2. Watak dan perwatakan ~ seperti yang tuan hamba baca, watak- watak yang dipotretkan adalah separuh fiksyen dan bukan fiksyen. Jikalau tuan hamba ingin menyumbang nama sebagai watak, sila beri idea (terutamanya Emosah) =)
3. Plot ~ baru-baru ini hamba mendapati otak kanan hamba semakin mengecut, lantaran penggunaan otak kiri secara berlebihan. Oleh itu, hamba gagal mencari idea untuk meneruskan coretan ini. Hamba sangat menghargai sumbangan ikhlas tuan hamba sekalian.. =)
aku dee..?
ReplyDeletexder ke..?
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
smpai ati,,,
banyak memori ikiter same2...
xingat ke..?
angakt2 katill
gelak2...
hyppo...
pok ja...
frodo...
dbskl...
time exam tu, lights off..
calling2 radio..
muahahhaa
-fatin
fatin!!!
ReplyDeleteak tgh mrangka lg watak2 utama citer ni (pnghuni E002, etc).. bg idea! bg idea! ak dh start hols ni, nk try smbung tulis mende ni... =)
zahrah??? mak tiri?? gile out of place name die... oii dee.. anat anat..XD
ReplyDeletewowwwwwwww.....
ReplyDeletebestnye..rosa eh?..hehe..seswai la sbb kan aku suke karaoke..hehe
aduh...watak2 cerita ini sungguh 'REAL'..
ReplyDeleterab, what's with the capital letters??? hehe... ko nk ak msuk kan ko skali ke? choose:
ReplyDelete1. futsal striker aka tae kwon do master yg "CUN"
2. Rain Bi-kipas-susah-mati
3. hantu aerobics
4. someone with split personality (eg: being bis***** n such~ considering ur relationship ngan min skarang... hehe...)